Iklaneka

Selasa, 31 Mei 2011

Pakaian Tradisi Kita Yang Sebenar.

1-3 tahun:
Pakai baju yang sepasang.
Kain jenis yang lubang2.
Macam singlet tu.
Ape laa mak kau ni. Takde taste langsung..hahahaha

4-6 tahun:
Pakai baju yang sepasang.
Kalau boleh nak yang ade gambar superhero.
Lepas tu kalau nampak budak2 lain yang pakai lagi cantik,ko pon nak jugak yang macam tu.
Kecik2 lagi dah jadi kedengki

7-9 tahun:
Seluar jeans getah jenama kiko.
Yang tu dah ok dah tapi kenapa baju nak tiru abang or kakak ko.
Jangan laa same.
Segan doh abang dengan kakak nak pakai baju yang same tu.

10-15 tahun:
Yang ni kelakar.
Budak baru2 nak up. Biasa laa..
Kalau pakai seluar mesti nak cikang habis.
Lepas tu pakai baju paul smith uptown.
Tak pun pakai baju grafik macam “saya sayang mak saya”
Ko ingat ko cute.
Pakai kasut converse tapi cap baby milo tak pernah tinggal.
Hahahahaha.

16-23 tahun:
Time ni korang dah start ade sense of fashion laa.
Dah pandai nak kene kan baju dengan seluar.
Skinny jeans or short pant is very important part.
Baju tak kisah mahal or murah janji style.

24-30 tahun:
Dah start dah dress up matang sikit.
Dah kerja laa katekan.
Stiap loker kat rumah korang mesti ade seluar slack kan.
Pastu korang pakai shirt je.
Pakai t shirt untuk santai2 je.
Korang dah tak bergaya dah time ni.

31-45 tahun:
Mase ni kalau korang pegi mane2 mesti pakai baju kerja ko.
Dah tak sempat nak balik rumah dah.
Pakai laa ape yg ade.
Nak pakai cantik2 pon weekend je.
Tu pun kalau rumah member ade kenduri kawin.
Dress up malam lak kain pelekat.
Selesa pon selesa.
Tapi pakai pon kalau ko sembahyang laa.
Kene lak jenis yang tak sedar diri tu.
Boxer pon korang tibai buat tido.

50-seterusnye:
Seluar slack dengan baju kemeja kemane sahaje.
Kalau korang perasan brand baju and seluar mesti sama.
Kalau tak percaya pegi laa selongkar almari bapak korang.

Tp yg lepas tu dress up kite semua sama je.
Tak kire laa umur korang berapa.
Tetap pakai kain putih jugak.
Dah takde pilihan.

Ok,baru aku perasan aku tulis ni untuk yang lelaki.
Yang perempuan sabar ye.
Sebab aku ni lelaki.
So aku taw pasal lelaki je laa.
Nanti aku buat research pasal perempuan pulak.
Ok laa,chaw!

Wahai Melayu

Assalam..
Harini aku nak bincang sikit pasal isu yang agak serius.
Pasal kesempitan pemikiran remaja melayu.
Ok,aku ni bukan la ahli fikir atau bijak pandai.
So takde siapa pon yang nak dengar cakap aku ni.
Aku just boleh tengok and tulis je laa ape yang aku nampak.

Kes 1:
Benda ni jadi kat aku sendiri.
Aku ni mat motor(bukan mat rempit taw)
Motor je laa harta yang aku ade selain bantal busuk kesayangan aku tu..
Aku bukan nye kaya nak ade kereta.
Lagipon aku ni takde lesen kereta.
Sape2 yang rapat tu taw laa kenapa kan.
Ok,dah melalut. Cerita betol2 laa gile..
Ok,ade satu hari tu aku nak bawak motor aku tu.
Dah siap semua aku pakai laa helmet.
Siap ikat laa helmet tu.
Sekali ade laa hamba Allah ni tegur.
`pergh,semangat gile ko ikat helmet tu,dekat je kot’
Adoi, kenapa laa dengan kepala otak ko ni.
Ko penah tengok tak iklan kat tv.
Pasal sorang anak nak pegi beli sos kat kedai pastu die eksiden.
Korang mesti penah tengok kn.
Penat2 orang carik idea nak buat iklan tu untuk sedarkan orang ramai.
Ko ingat senang ke nak buat iklan.
Susah betol laa dengan manusia macam ni.
Aku agak kepala die tu besi laa.
Kalau eksiden takde pape kot.

Kes 2:
Benda ni pon jadi kat aku gak.
Ade laa 1 hari tu aku nak pegi bersukan.
Dah siap2 semua aku gerak laa kat tempat tu.
Naik motor kesayangan aku.
Asal semue cerita nak ade motor aku interframe..hahahaha
Ok,dah sampai kat tempat tu tetiba ade pulak mamat lain tegur.
`pergh,semangat gile ko pakai baju sukan bagai’
Adoi,lagi sorang kepala otak berkarat.
Ape laa perangai ko ni.
Kalau aku tak pakai baju sukan tu,untuk ape baju2 tu dicipta??
Kenapa kilang Nike dengan Adidas still bukak lg??
Kenape weh?? Kenape?????

Kes 3:
Benda ni bukan jadi kat aku laa.
Tapi aku dok tengok orang kat keliling aku.
Ade sorang mamat ni bergaya.
Baju bukan main cantik,hensem habis.
Seluar dah stylo dah.
Memang tunggu masa awek nak sangkut.
Tetiba ade lak mulut2 busuk sound.
‘adoi,nak bergaya pon tengok tempat laa,ni bukan pavi’
Mak aih mulut ko ni.
Macam sampah.
Bia laa die nak bergaya sikit.
Bukan selalu die pakai macam tu.
Cube ko fikir jauh sikit.
Mane laa tau die baru lepas pegi anta proposal kat Najib ke.
Pegi interview jadi model ke.
Pegi jumpe bakal mak mertua ke.
Kena laa pakai hensem2 sikit.
Baru laa orang pandang sedap je.

Kes 4:
Nampak orang pakai benda branded sikit je.
Mula la mulut ko buat kerja.
Barang job laa.
Jumpe kat kedai mamak laa.
Duit mak bapak laa.
Pakwe belanja laa.
Ko ingat ko sorang je yang kaye ke weh.
Orang lain pon berduit gak.
Mana laa tau budak tu kerja penat2.
Sampai basah sepende die nak kutip budak downline.
Sebab buat bisnes MLM.
Tu duit die sendiri laa weh.

Kes 5:
Kalau nampak lelaki muka pecah jalan dengan awek hot.
Mesti ko cakap lelaki tu main bomoh kan.
Tak pun pegi belaja ilmu penagsih kat kedai kaki lima kat chow kit.
Asal doh dengan ko ni.
Bia laa lelaki tu dapat awek hot.
Ko nak jelous kenapa?
Bia laa die die.
Ko ingat ko hensem sangat ke?
Mana la taw perangai die lagi hensem dari perangai kau yg macam sampah tu.
Sebab tu laa awek tu pilih mamat tu.
Bukan pilih ko.

Ok, tu je kes yang aku ingat penah jadi depan mate aku.
Kalau ade lagi yang aku ingat nanti aku post.
Korang mesti pernah alami benda macam ni kan.
Tak pon korang laa mamat yang bermulut sampah tu..hahahaha
Aku tak sangke laa makin maju dunia ni makin sempit otak remaja melayu sekarang ni.
Ok laa,chaw.

Sabtu, 30 April 2011

Happy Graduation To Me!


Tanggal 30.4.2011,
aku berjaya menghabiskan pengajjian aku dekat UiTM Segamat,Johor..
Tersangat la lega kepala otak aku sekarang ni.
Macam baru lepas berak pon ade gak.
Terus ringan je.
Aku nak ambik kesempatan nak ucapkan tenkiu yang
tak terhingga kepada UiTM,
sebab bag aku chance nak belajar dekat sini.
kepada semua lecturer yang banyak mengajar,mendera aku dengan assignment and bagi aku peluang nak belajar dengan anda semua.
kepada kawan-kawan seangkatan..
terutama untuk student Diploma in Business Study batch dec 08 - april 11..
korang semua memang best gile laa..
tak lupa jugak kepada housemate kesayangan aku!!
korang laa yg bnyk tolong aku.
tenkiu semua!!!!


*plan untuk petang ni nak pegi memancing buat kali terakhir dgn kaki2 pancing segamat.
Lepas tu, 3-5 May nak pegi bercuti dengan housemate kat Tioman.
lepas tu balik rumah tido puas2..
dah puas baru laa carik kerja..

Ok,chaw!

Jumaat, 22 April 2011

Alternatif Nak Release Stress..

Perghh,arini memang stress.
Aku dok mengadap slide lecturer dari tengah hari tadi sampai laa ni.
Dengan perot yang dah mengade..
setiap sejam nak kene pegi jumpe encik jamban.
Dah agak stress tu aku pon berblogwalking laa kejap.
tetibe sampai kat satu blog ni.
agak "kewl" laa blog ni.
ulang suare, "kewl"...
lepas ni ade sape2 nak lempang muke aku amat dialukan.
ok,ni ade link untuk blog tu..
korang layan je laa..
klik sini..

Ok,chaw!

Isnin, 18 April 2011

Final Exam for the Final Semester!

Aaaaaaaaaaaaaaaaaarrgggghhhhhhhhhhhh!!
Stress mulai terasa.
kawan lama(migrain) mulai menyerang bertubi-tubi.
masa yang suntuk untuk preparation sebab sem ni pelik sikit.
study week hanye 4 hari dan semua paper hanya dilakukan dalam 10 hari sahaja.
so,jadual semua paper dekat-dekat.
tapi takpe lah.
ni kan ketol. mesti boleh punye.
fokus yang maksimum diperlukan.
kekuatan mental dan fizikal semakin diperlukan.
santapan rohani dan jasmani diperkukuhkan.
wish me luck ye kawan-kawan!
ok,chaw!

Selasa, 12 April 2011

Usahawan Terulung!

Ok,dah lama tak update ape2 kat blog ni..
So,ade la beberapa benda baru yang berlaku beberapa hari lepas.
Ahad miggu lepas bersamaan 10 april 2011 merupakan hari yang best dalam sejarah.
Kitorang ada presentation untuk final project.
Business plan.Dah nama pon budak bisnes.
kene la buat bisnes plan.
Ok,kat bawah ni ade laa beberapa moment yang sempat di snap mase hari tu.






ni adelah ahli group aku.
era,agil,faiq and aku.Name group kitorang Ar-Rayyan Kindergarten.


ni laa 3 hero yang bakal menggegarkan dunia usahawan negara.Amin..


Ni pulak 3 orang panel yang sempoi habis.Yang kiri skali panel marketing.
yang tengah pulak panel finance and yang last skali lecturer kesayangan kitorang yang banyak tolong buat business plan ni. Miss Fazlin. Miss lagi taw.ehem2.


Ok,lepas dah settle semua,ada sesi bergambar pulak.
Gambar kat bawah ni bukan aku yang nak tangkap taw.
semua atas permintaan peminat aku.
aku kan artis,so kena la layan peminat.
nanti diorang cakap sombong pulak.
ok,jom layan.







lepas penat gambar2,kite makan pulak.
kitorang memang ada buat makan2 sikit.
merangkap jamuan perpisahan..
sob3 =(
menu hari tu nasi tomato. kari die the bomb.




ok,semua group dapat present dengan cemerlang.
lecturer pon berpuas hati dengan kitorang.
lepas dari tu,masing2 dah start layan mood sedih.
dah nak habis dah diploma kat uitm segamat yang tercinta ni.
dah la tu.
malas nak layan mood sedih ni.
ok,chaw!

Ahad, 20 Mac 2011

Kami Berweekend!

ok,weekend hari tu,kami sebagai pemancing tegar pergi melakukan aktiviti gentleman kami...
memancing kan gentleman,penuh dengan kesabaran dan ketenangan...
kitorang pergi berenam..
aku, agil, ebal, zul dan seorang pemancing jemputan iaitu mamat!!
pergi dalam pukul 3 p.m. then kitorang balik dalam 7 p.m.
lama kan..tahap kesabaran pon kena la tinggi...

p/s: kepada wanita2 di luar sana, pilih lah kami sebagai calon suami sebab kami mempunyai tahap kesabaran yang amat tinggi...hehehehehe

ok,dah mengarut..
korang layan je lah gambar dekat bawah ni...
korang kena fokus betul2 dengan gambar2 tu..
kalau korang betul2 fokus,korang akan faham apa disebalik gambar tu..
jom layan..........






















ok,setelah b'hempas pulas selama beberapa jam, hanya 2 ekor je b'jaya dinaikkan..
sekor anak patin, sekor lagi mak keli(sbb mase tengah siang ikan tu ade telur dalam badan die,so memang mak la kn)
then malam tu kitorang buat laa bbq kecil kecilan..
beli sikit ikan bawal putih kat pasar..
dengan sambal kicap resepi emak zul yg pedas gile meletup kaw kaw fantastic..
arang pulak susah nak hidup..
dari pukul 8 p.m. sampai pukul 11p.m. baru kitorang boleh makan..
tu yg 2 kali tambah nasi..
memang terbaik!






dah habis dah..
sape2 nak join aktiviti kitorang boleh laa telepon aku..
upah senang je..bagi seorang awek kat aku..
ok,chaw!

Khamis, 17 Mac 2011

Testo Mania!

Ok,hari ni takde benda sangat nak cerita..
sebab dari semalam sampai la ni aku kena study sebab petang ni test ent..
ent tu course keusahawanan..
so aku kena la belajar semua bende pasal usahawan ni..
walaupun aku memang usahawan berjaya tapi kena study jugak..

dah takde benda nak cerita dah..
macam biase la, sebab korang tak steady..
sebab tu aku malas nak cerita banyak..
ok,chaw!

Rabu, 16 Mac 2011

Aktiviti Terbaru!

Ok,entry untuk hari ni agak menarik jugak la.
tapi tu bagi aku la. kalau korang aku tak tahu la kan.
tadi kelas habis pukul 4. kalau tak habis pukul 6 tapi lecturer tak sihat.
so,kelas cancel.
nak dijadikan cerita,aku dan member aku, agil, pergi la ke bandar kebanggaan kami.
Segamat yang indah nan permai.
ok,panjang sangat intro..
kitorang pergi main golf la.
dekat driving range Segamat.
Disebabkan aku ni beginner tahap 1 dan agil pulak beginner tahap ke3(sebab dia baru pergi driving range 3 kali)
memang hancit la pukulan kitorang.
tapi yang penting aku lagi hebat la.
blog ni pon memang nak bangga kan diri aku je.
tak kan la aku nak cakap agil yang hebat kan.kan3?
korang layan jela gambar kat bawah ni....










dan secara eksklusif aku bawakkan kepada korang.
jaguh golf terbaru negara......
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'
'



inilah abg. ketol.
bakal jagoan negara yang bakal menggantikan tiger woods.
mmuaaah! i love you abg. ketol!!!

ok lah..dah habis..
aku nak pegi masak sardin jap.lapar!
ok,chaw!

Selasa, 15 Mac 2011

Kembara Pantai Timur

weekend minggu lepas aku dengan family aku pergi terengganu.
bapak jauh la tempat tu.dekat Marang.
kitorang pergi sebab nk hantar abang aku bertunang.
pergi dalam 10 kereta so memang slow la sikit perjalanan tu.
banyak sangat pit stop nk kena stop.
bertolak pukul9.30a.m tp sampai lebih kurang pukul 8.a.m..
korang kira la sendiri berapa jam.aku malas.
kat bawah ni ada la sikit gambar yang aku rembat kat pesbuk makcik aku..



mak aku yang comel tengah sarung cincin kat tunang abang aku



haa,ini lah lembaga bersarung putih yang nampak macam seram je bila sekali pandang.hahahaha.ni la tunang abang aku.nama dia zie@norzie pak wan cik.hahahaha




ni hantaran belah lelaki iaitu belah abang aku la.hantaran belah pompuan tak sempat nak ambek sebab bila dapat je hantaran,semua dah kena rembat dengan sedara mara aku.





ni pulak gambar sebelum pergi ke rumah tunang beliau.
sebena nye gambar ni bercantum tp macam mana tah boleh terpisah pulak.yang paling penting,aku la yang paling hensem kat situ.kn3.




ni ada lagi gambar aku yang hensem.motif post gambar ni suruh korang tengok gambar aku.bukan gambar orang lain.paham tak?disebabkan ni blog aku so korang kena dengar cakap aku.paham?



ok,dah takde benda nak cerita dekat korang dah sebab korang tak steady.suka kentot dekat public and korek hidung cover2.sama macam aku gak.hahahaha.
ok,chaw!